Skip to main content

Petua lama untuk buang angin dalam badan


Petua lama untuk buang angin dalam badan

Cara urutan buang angin
Tapi apakah maksud sakit uluran angin medu..? Apa benda tue..? Well, Di dalam bahasa Perubatan Allopathy, ianya digelar Hernia, dalam perubatan Melayu dipanggil Uluran. Angin Medu (setelah melepasi paras pusat ke atas). Angin Pasang dan sebagainya. Puncanya terbahagi kepada tiga pecahan utama iaitu :-

1) Angin
2) Lendir
3) Urat (Saraf)

Uluran atau hernia ini adalah masalah bengkak pada urat ari-ari (sekitar atas kemaluan) dan juga bengkak pada batu kemaluan menyebabkan ada saluran angin yang terdorong naik ke bahagian atas membawa ke dada (angin medu) yang jika dibiarkan boleh membawa kepada maut.

Tanda-tanda sakit uluran adalah seperti berikut:

1) Bahagian atas pusat ke dada terasa keras.
2) Nafas di dada tersekat atau tersumbat.
3) Terasa sakit atau pedih di bahagian tengkuk.
4) Kekuatan tubuh kurang kuat pada tubuh sebelah kiri.
5) Kurang berpeluh
6) Kencing tidak tus (tidak lawas)
7) Kurang selera makan

( definisi & tanda )

Terdapat 7 cara untuk anda boleh membuang angin dalam badan, dan ianya bergantung kepada cara camne anda membuang samada melalui sendawa ataupun kentut...

Banyakkan minum air masak/suam supaya ruang tersebut diganti dengan air dan bukannya angin.
Lakukan urutan visera (abdomen): Mula-mula letakkan kedua-dua tapak di paha kanan atas, kemudian tekan abdomen dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan urut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri, turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulang urutan ini sehingga terasa semua angin keluar.
Kunyah makanan perlahan-lahan supaya lebih senang hadam
Elakkan makan gula-gula getah dan menelan banyak udara
Makan dalam porsi yang kecil setiap 2 ke 3 jam
Amalkan minuman air halia atau bawang putih:
Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
Hiris bawang putih nipis-nipis.
Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
Minum ramuan ini sebulan sekali.

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.. Selamat mencuba

Popular posts from this blog

Kesakitan Semasa Menelan

Pengenalan Kesakitan semasa menelan. Ia mungkin dirasai di bahagian atas leher atau di bahagian bawah leher, di belakang tulang dada. Nama alternatif : Odynophagia Rasa membakar semasa menelan Tanda dan Gejala Penelanan adalah proses yang kompleks yang melibatkan mulut, tekak dan esophagus (saluran yang untuk mengangkut makanan ke dalam perut). Masalah pada mana-mana tempat, dari mulut ke esophagus akan menyebabkan sakit yang kuat atau seperti membakar ketika menelan. Sebab-sebab utama : Jangkitan Jangkitan pada gigi Jangkitan pada gusi Pharyngitis ( Virus / Bacteria ) Tonsilitis / Peritonsillar abscess Thrush ( jangkitan kulat yang disebabkan candidia) Herpes simplex , cytomegalovirus or jangkitan Human immunodeficiency virus Ulser – berpunca daripada jangkitan, pemakanan sesuatu ubatan atau bahan kimia. Esophagitis (keradangan pada esophagus, bisanya reflaks gastro-esophageal – makanan naik semula keatas) . Benda asing (tulang ikan atau ayam) Tumor ...

Ulser Peptik

PENGENALAN Ulser peptik berlaku apabila terdapat luka di bahagian dinding perut dan bahagian permulaan usus kecil dikenali sebagai duodenum. Ulser peptik merupakan masalah yang kerap berlaku dalam masyarakat Malaysia dan juga diseluruh dunia. Kadang kala mereka yang mengalami masalah ini boleh mempunyai gejala-gejala yang serius dan jika tidak dirawat pada peringkat awal boleh menyebabkan masalah kesihatan yang kronik dan mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta kualiti hidup pesakit turut menurun. Adalah sangat penting bagi mereka yang mengalami gejala-gejala ulser peptik mendapatkan rawatan awal dan betul daripada pakar-pakar dan pengamal perubatan yang diiktiraf. Perut manusia mengeluarkan sejenis asid dikenali sebagai asid hidroklorik yang mampu menyebabkan hakisan pada dinding perut. Tetapi dinding perut mempunyai lapisan mukosa yang mampu menghalang daripada hakisan ini berlaku dalam keadaan biasa. Apabila berlaku gangguan terhadap lapisan mukosa ini akibat daripada dindi...