Skip to main content

Kesakitan Semasa Menelan

Pengenalan
Kesakitan semasa menelan. Ia mungkin dirasai di bahagian atas leher atau di bahagian bawah leher, di belakang tulang dada.
Nama alternatif :
  • Odynophagia
  • Rasa membakar semasa menelan
Tanda dan Gejala
Penelanan adalah proses yang kompleks yang melibatkan mulut, tekak dan esophagus (saluran yang untuk mengangkut makanan ke dalam perut).
Masalah pada mana-mana tempat, dari mulut ke esophagus akan menyebabkan sakit yang kuat atau seperti membakar ketika menelan.
Sebab-sebab utama :
  • Jangkitan
    • Jangkitan pada gigi
    • Jangkitan pada gusi
    • Pharyngitis ( Virus / Bacteria )
    • Tonsilitis / Peritonsillar abscess
    • Thrush ( jangkitan kulat yang disebabkan candidia)
    • Herpes simplex , cytomegalovirus or jangkitan Human immunodeficiency virus
  • Ulser – berpunca daripada jangkitan, pemakanan sesuatu ubatan atau bahan kimia.
  • Esophagitis (keradangan pada esophagus, bisanya reflaks gastro-esophageal – makanan naik semula keatas) .
  • Benda asing (tulang ikan atau ayam)
  • Tumor
Jangkitan pada dewasa biasanya berbagai faktor, merokok dan meminuk arak adalah faktor yang menjurus ke arah jangkitan berulang dan ulser
Gambar menunjukkan ‘Peritonsillar abscess’ dan
‘Acute tonsillitis’
Tanda dan Gejala
  • Kebanyakan pesakit biasanya mengadu masalah-masalah sampingan yang biasa seperti selesema, batuk dan demam
  • Nafas berbau .
  • Tidak boleh menelan, air liur meleleh
  • Kesukaran membuka mulut
  • Tekanan atau sakit di dalam dada
Komplikasi
Kebanyakan komplikasi adalah yang menjadi punca kesakitan semasa menelan / odynophagia :
  • Karies gigi menyebabkan ‘dental abscess’
  • Tonsillitis / Pharyngitis menyebabkan ‘peritonsillar abscess’, ‘retropharyngeal abscess’ dan ‘parapharyngeal abscess’ .
  • Benda asing yang yang bergerak daripada esophagus ke dada menembusi struktur penting.
Rawatan
  • Tonsillitis / Pharyngitis- rehat yang cukup, antibiotik, air yang cukup, ubat tahan sakit (paracetamol) dan ubat kumur. Tonsillectomy ( pembuangan tonsil ) bagi kes jangkitan yang teruk dan berulang.
  • Peritonsillar abscess ( pengumpulan nanah pada dasar tonsil ) memerlukan penyaliran nanah dan tonsillectomy bagi kes yang berulang.
  • Karies gigi dan jangkitan gusi memerlukan perawatan oleh doktor gigi dan penjagaan kebersihan mulut.
  • Bendasing : dikeluarkan oleh doktor
  • Tumor : pembedahan radioterapi atau kemoterapi
Pencegahan
  • Mengurangkan atau mengelak daripada agen yang menyebabkan keradangan ( merokok, meminum arak dan memakan makanan yang pedas )
  • Penjagaan kebersihan mulut perlu mengelakkan jangkitan pada gusi dan karies gigi, pemeriksaan dengan doktor gigi secara berkala.
  • Makan secara perlahan dan kunyah makanan dengan baik untuk mengelakkan terlekat benda asing.
Semakan Akhir:26 April 2012
Penulis:Dr. Dipak a/l Banarsi Dass
Penyemak:Dato’ Dr. Narizan Ariffin
KREDIT : myhealth.gov.my

Popular posts from this blog

Petua lama untuk buang angin dalam badan

Petua lama untuk buang angin dalam badan Cara urutan buang angin Tapi apakah maksud sakit uluran angin medu..? Apa benda tue..? Well, Di dalam bahasa Perubatan Allopathy, ianya digelar Hernia, dalam perubatan Melayu dipanggil Uluran. Angin Medu (setelah melepasi paras pusat ke atas). Angin Pasang dan sebagainya. Puncanya terbahagi kepada tiga pecahan utama iaitu :- 1) Angin 2) Lendir 3) Urat (Saraf) Uluran atau hernia ini adalah masalah bengkak pada urat ari-ari (sekitar atas kemaluan) dan juga bengkak pada batu kemaluan menyebabkan ada saluran angin yang terdorong naik ke bahagian atas membawa ke dada (angin medu) yang jika dibiarkan boleh membawa kepada maut. Tanda-tanda sakit uluran adalah seperti berikut: 1) Bahagian atas pusat ke dada terasa keras. 2) Nafas di dada tersekat atau tersumbat. 3) Terasa sakit atau pedih di bahagian tengkuk. 4) Kekuatan tubuh kurang kuat pada tubuh sebelah kiri. 5) Kurang berpeluh 6) Kencing tidak tus (tidak lawas) 7) Kurang selera makan ( definisi

Ulser Peptik

PENGENALAN Ulser peptik berlaku apabila terdapat luka di bahagian dinding perut dan bahagian permulaan usus kecil dikenali sebagai duodenum. Ulser peptik merupakan masalah yang kerap berlaku dalam masyarakat Malaysia dan juga diseluruh dunia. Kadang kala mereka yang mengalami masalah ini boleh mempunyai gejala-gejala yang serius dan jika tidak dirawat pada peringkat awal boleh menyebabkan masalah kesihatan yang kronik dan mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta kualiti hidup pesakit turut menurun. Adalah sangat penting bagi mereka yang mengalami gejala-gejala ulser peptik mendapatkan rawatan awal dan betul daripada pakar-pakar dan pengamal perubatan yang diiktiraf. Perut manusia mengeluarkan sejenis asid dikenali sebagai asid hidroklorik yang mampu menyebabkan hakisan pada dinding perut. Tetapi dinding perut mempunyai lapisan mukosa yang mampu menghalang daripada hakisan ini berlaku dalam keadaan biasa. Apabila berlaku gangguan terhadap lapisan mukosa ini akibat daripada dindi

13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia

Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Punca sebenar ulser tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan demam, jangkitan kuman dan sebagainya. Gastritis juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut tetapi ia jarang berlaku melainkan jika terdapat ulser. Ulser mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung kepada lokasinya. Jika terjadi di dalam perut, dikenali sebagai ulser gastrik manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama usus kecil atau duodenum. Sementara itu ulser esofageal mengambil bahagian bawah esofagus dan sering dikaitkan dengan penyakit refluks gastroesofageal (GERD). Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak mengetahui apa itu gastrik kerana ia merupakan nama saintifik bagi penyakit angin atau sakit perut. Gastrik atau angin bukanlah satu penyakit. Tetapi satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut. Jika dibiarkan i