Skip to main content

Posts

Petua lama untuk buang angin dalam badan

Petua lama untuk buang angin dalam badan Cara urutan buang angin Tapi apakah maksud sakit uluran angin medu..? Apa benda tue..? Well, Di dalam bahasa Perubatan Allopathy, ianya digelar Hernia, dalam perubatan Melayu dipanggil Uluran. Angin Medu (setelah melepasi paras pusat ke atas). Angin Pasang dan sebagainya. Puncanya terbahagi kepada tiga pecahan utama iaitu :- 1) Angin 2) Lendir 3) Urat (Saraf) Uluran atau hernia ini adalah masalah bengkak pada urat ari-ari (sekitar atas kemaluan) dan juga bengkak pada batu kemaluan menyebabkan ada saluran angin yang terdorong naik ke bahagian atas membawa ke dada (angin medu) yang jika dibiarkan boleh membawa kepada maut. Tanda-tanda sakit uluran adalah seperti berikut: 1) Bahagian atas pusat ke dada terasa keras. 2) Nafas di dada tersekat atau tersumbat. 3) Terasa sakit atau pedih di bahagian tengkuk. 4) Kekuatan tubuh kurang kuat pada tubuh sebelah kiri. 5) Kurang berpeluh 6) Kencing tidak tus (tidak lawas) 7) Kurang selera makan ( definisi

Ulser Peptik

PENGENALAN Ulser peptik berlaku apabila terdapat luka di bahagian dinding perut dan bahagian permulaan usus kecil dikenali sebagai duodenum. Ulser peptik merupakan masalah yang kerap berlaku dalam masyarakat Malaysia dan juga diseluruh dunia. Kadang kala mereka yang mengalami masalah ini boleh mempunyai gejala-gejala yang serius dan jika tidak dirawat pada peringkat awal boleh menyebabkan masalah kesihatan yang kronik dan mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta kualiti hidup pesakit turut menurun. Adalah sangat penting bagi mereka yang mengalami gejala-gejala ulser peptik mendapatkan rawatan awal dan betul daripada pakar-pakar dan pengamal perubatan yang diiktiraf. Perut manusia mengeluarkan sejenis asid dikenali sebagai asid hidroklorik yang mampu menyebabkan hakisan pada dinding perut. Tetapi dinding perut mempunyai lapisan mukosa yang mampu menghalang daripada hakisan ini berlaku dalam keadaan biasa. Apabila berlaku gangguan terhadap lapisan mukosa ini akibat daripada dindi

Kesakitan Semasa Menelan

Pengenalan Kesakitan semasa menelan. Ia mungkin dirasai di bahagian atas leher atau di bahagian bawah leher, di belakang tulang dada. Nama alternatif : Odynophagia Rasa membakar semasa menelan Tanda dan Gejala Penelanan adalah proses yang kompleks yang melibatkan mulut, tekak dan esophagus (saluran yang untuk mengangkut makanan ke dalam perut). Masalah pada mana-mana tempat, dari mulut ke esophagus akan menyebabkan sakit yang kuat atau seperti membakar ketika menelan. Sebab-sebab utama : Jangkitan Jangkitan pada gigi Jangkitan pada gusi Pharyngitis ( Virus / Bacteria ) Tonsilitis / Peritonsillar abscess Thrush ( jangkitan kulat yang disebabkan candidia) Herpes simplex , cytomegalovirus or jangkitan Human immunodeficiency virus Ulser – berpunca daripada jangkitan, pemakanan sesuatu ubatan atau bahan kimia. Esophagitis (keradangan pada esophagus, bisanya reflaks gastro-esophageal – makanan naik semula keatas) . Benda asing (tulang ikan atau ayam) Tumor

Kesukaran Untuk Menelan

Pengenalan Kesukaran untuk menelan adalah terasa seperti makanan tersangkut dalam tekak di bahagian atas dada. Ini mungkin juga dirasai di belakang tulang dada (sternum) atau di leher. Ia juga menyebabkan masalah menelan makanan. Menelan makanan merupakan aktiviti yang kompleks melibatkan mulut, bahagian tekak dan esophagus (saluran yang membawa makanan ke perut). Banyak saraf dan otot memberi kesan kepada fungsi betul bahagian-bahagian ini. Kebanyakan proses menelan adalah tanpa sedar dan sebahagiannya adalah dengan sedar. Sebab yang biasa: Masalah-masalah yang berkaitan dengan bahagian atas mulut dan pharynx (tekak) termasuklah: halangan pada laluan makanan dan minuman. Ia mungkin disebabkan emosi atau masalah kemurungan, tumors, penyakit pada tulang cervical dan jaringan esophageal. Masalah saraf otot seperti strok, penyakit Parkinson’s, Penyakit Huntington’s, pelbagai skelerosis, muscular dystrophy dan jangkitan-jangkitan (seperti polio dan sifilis). Masalah yang berkaitan