Skip to main content

10 Tahun Makan Pedas, Gadis Ini Kongsi 'Azab' Diserang Penyakit Yang Boleh Sebabkan Kanser

Malaysia boleh dikatakan syurga makanan. Sebab apa? Pergi je mana-mana mesti anda akan dapat makanan kegemaran anda. Sedap pula tu!

Image from Google
Image via Google
Kepelbagaian makanan di Malaysia membuatkan ramai pelancong asing ingin berkunjung ke Malaysia untuk melancong. Mana tidaknya, sekitar semua negeri yang ada di Malaysia, mereka boleh mencuba pelbagai jenis makanan dari setiap negeri dan masakan yang berbeza.
Image from Edisi Terjah
Image via Edisi Terjah
Memang hampir kesemuanya memang sedap dan tidak menghampakan!

Tak percaya? Cubalah sendiri!

Tapi makan-makan juga, kesihatan juga perlu dijaga. Jangan terlalu suka makan makanan yang pedas dan juga mempunyai habit melambatkan waktu makan.
Kenapa?

Banyak kesan negatif yang boleh terjadi kepada badan anda jika anda terlalu kerap makan pedas dan selalu melambatkan waktu makan.

Tidak kiralah sama ada anda mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan atau apa jua alasan, waktu makan perlulah tepat pada masanya dan jangan jadikan makanan pedas sebagai makanan pertama anda.
Image from Halo Sehat
Image via Halo Sehat
Seorang wanita di laman Twitter telah berkongsi pengalaman beliau ketika doktor mengesahkan bahawa dia diserang penyakit yang boleh menyebabkan kanser kerana terlalu banyak makan makanan yang pedas.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Sejak belajar di universiti memang suka makan lambat dan makan makanan yang pedas sebab selalu utamakan urusan lain terlebih dahulu

Pastu dah la jenis makan ikut suka je. Sekali dpt makan memang melahapp bagaikan tiada hari esok. Pedas? Wajib!

Dulu memang tak terasa. Ni dah 10 tahun baru rasa azab dia. Ye, ada yang akan cakap “eleh, aku makan pedas takde pape pun”. Teruskan dgn “eleh” kau. Itu perut kau & bkn tanggungjawab aku. Aku doakan kau tak kena mcm mane azabnye bila gastric/gerd tu dtg.

Siapa kenal aku tau lah tahap dewi mane aku serap bila bab-bab mkn pedas ni. Sebab bila makan benda tak pedas tu aku rasa cepat muak. Bila pedas tu rasa kick dia perghhhh memang padu!

10 tahun kemudian, mula rasa tidak selesa pada bahagian perut. Rasa macam ada sakit di bahagian tengah dan bahagian bawah perut belah kiri.

Nk sendawa kentut macam stuck. Nak bernafas tak boleh. Rasa terbakar kt ulu hati. Even klu deep sleep pun akan terjaga sbb sakit sgt! Mula aku ingat pekara biasalah. So aku makan jela gaviscon & controloc. Giviscon tu wajib sebotol standby umah. Yang sachets dlm handbag incase aku kena attack.
Sampailah baru-baru ni aku rasa that i need to do something. Sbb almost everyday aku akan bloated, aku muntah, rasa macam benda begerak-gerak dlm perut, sakit kepala, stiff tengkuk, bila baring flat tak boleh bernafas, masa makan rasa tekak tu sempit je.

Akhirnya, terpaksa berjumpa dengan doktor pakar di hospital swasta untuk menjalani ujian Endoskopi

Apa itu Endoskopi?

Endoskopi (gastroskopi) ialah satu prosedur tanpa pembedahan dimana doktor pakar akan memasukkan satu tiub yang hujungnya mengandungi kamera ke dalam perut kita melalui mulut untuk melihat keadaan saluran esophagus, perut dan sebahagian usus kecil (duodenum). 

Bagi sesetengah orang, doktor akan memasukkan tiub melalui punggung (kolonoskopi) untuk memerhatikan keadaan usus besar kita.
Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.
Image via Google
Kalau ikut pengalaman aku, endoscopy (scope) ni bleh buat as Day Care je. Means kau warded at least for 6-8hours. Lepas tu boleh balik. And scope ni aku diberi ubat tidur. Sepanjang procedure tu aku mmg tak rasa pape. Tau-tau je dah setel. Itupun lalok lagi.
Tapi ada certain tempat mcm GH tak bagi ubat tidur. Diorg just spray kt tekak and masukkan scope tu dalam mulut terus ke perut. Utk org yg panic mcm aku mmg tak sesuai lah. Aku sebelum doc cucuk ubat tidur tu, sempat lagi mengucap. Kot-kot lahh tak bangun terus. Haha.

Sebelum menjalani scope ini, pesakit perlulah berpuasa selama enam jam. Jangan datang hospital dengan perut yang penuh dengan makanan ya!

Ultrasound pun doktor buat utk check hempedu, hati, batu karang, ovari, etc. Doktor yg ultrasound aku tu ckp buah pinggang nmpk ok. Tp perut penuh dgn angin. Tak ada batu karang. Just hati aku je berlemak skit. Siapa ckp org kurus cholesterol tak tinggi?

Ok sambung balik part lps scope. Scope tu kejap je. Tak sampai 10 minit pun. Cuma nak tunggu effect ubat tidur tu yg lama skit. Bila nampak dah ok, nurse panggil doktor utk review result.

Ini result scope aku. Doktor bgtau esophagus aku dah merah gila cause dari longterm effect acid reflux:
Plus, LES aku dah longgar, ada skit Hiatal Hernia & ada Polyps (which kalau dibiarkan can lead to cancer). 

So doktor diagnosed aku 1st stage of 
BARRETT’S ESOPHAGUS!

Apa itu GERD dan LES?

Penyakit refluks gastroesofageal atau gastroesophageal reflux disease (GERD) merupakan satu keadaan yang lebih serius daripada refluks gastroesofageal atau ‘gastroesophageal reflux’ (GER) yang biasanya dialami orang ramai.

Esofagus merupakan satu tiub yang mengangkut makanan dari dalam mulut ke dalam perut. 

GERD berlaku apabila bahagian bawah sfinkter (pencerut) esofagus (LES) terbuka secara spontan beberapa kali atau tidak tertutup dengan betul, sehinggakan kandungan yang terdapat di dalam perut akan naik ke dalam esofagus.

GERD juga dikenali sebagai refluks asid atau regurgitasi asid berpunca daripada jus pencernaan iaitu asid perut naik semula ke atas bersama-sama makanan yang dihadam.
Apa itu LES?

LES pula adalah satu gelungan otot di bahagian bawah esofagus yang bertindak sebagai satu injap tutup/buka di antara esofagus dan perut.

Apakah pula yang dimaksudkan dengan Barrett's Esophagus dan Polyps?

Barrett's Esofagus adalah komplikasi serius GERD yang bermaksud penyakit refluks gastroesophageal. Untuk penyakit Barrett's Esofagus ini, tisu biasa lapisan esofagus tiub itu membawa makanan dari mulut ke perut - perubahan kepada tisu yang menyerupai lapisan usus.
Kebanyakan Polyps adalah jinak, atau boleh dikatakan noncancerous. Walau bagaimanapun, oleh kerana Polyps adalah disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak normal, mereka akhirnya menjadi kanser. Mungkin terdapat satu atau banyak Polyps yang hadir.
Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.
Aku pun tak ingat aku Polyps apa. Tapi taklah seteruk macam gambar diatas.

Bila dengan je doktor cakap “can lead to cancer”. Aku dah cuak. Nasib baik aku dapat detect awal BE ni. Sbb org yg ada BE lg tinggi risiko dia nk dpt esophagus cancer. Tapi dlm dunia ni less than 1% je org yg ada BE ni kena kanser. Rare cases.

But, still kena hati-hati..

Once dh detect BE ni mmg kena follow up lah. Sbb nak check condition perut tu. Lg 6 bulan kena scope lagi. And kena start jaga makan. Ye aku mengaku bab pantang-pantang ni aku mmg loser. Aku tak akan pantang drastic mcm tu je. Aku kena slow-slow adapt.

Individu yang diserang BE ini tidak boleh makan makanan yang pedas, berminyak, berempah dan tak boleh makan lambat. Makan juga tak boleh terlalu sikit atau terlalu banyak.
Portion kecil, tapi kerap dan banyak lagi pantang yang lain.

We’re living in Malaysia. Dah sah-sah makanan Msia ni berempah, berminyak dah ber ber lagi lah. Mmg kena kuat semangatlah kalau gi kenduri tu tgk lauk-pauk dia cemane. Xkan ko nak gi dapur tuan rumah buat grilled salmon pulak kan?

So, one step at a time.

Ubat-ubatan juga tak boleh dilewatkan atau skip dan perlu diambil secara long-term

So far aku kena makan Ganaton, Nexium & Gaviscon.
Till today aku still ada rasa bloated and sempit tekak tp still boleh control. Bab pantang makan tu aku slow-slow adapt. So far boleh elak dairy foods la. Rempah, cili tu dah try kurangkan. Mealtime pun dah cuba untuk ubah.

And bila aku joined group GERD ni baru aku tau most org GERD & BE ni diorg mesti ada anxiety. Anxiety tu triggered dari angin & gas dalam badan tu. Yela, ko tiba2 tak boleh bernafas, rasa dunia gelap mane kau tak cuak kan. Nak tido pun takut sbb selalu rasa tak sedap badan.

So guys, jagalah cara pemakanan anda. Jgn selamber je cakap ”eleh gastrik je punn”. Asal dari gastrik tu lah boleh melarat tau! Klu teruk bleh lead to cancer!

Untuk yang suka makan pedas dan lewatkan waktu makan tu, dah boleh ubah gaya hidup lebih sihat ya!

Artikel : Says.com

Popular posts from this blog

Petua lama untuk buang angin dalam badan

Petua lama untuk buang angin dalam badan Cara urutan buang angin Tapi apakah maksud sakit uluran angin medu..? Apa benda tue..? Well, Di dalam bahasa Perubatan Allopathy, ianya digelar Hernia, dalam perubatan Melayu dipanggil Uluran. Angin Medu (setelah melepasi paras pusat ke atas). Angin Pasang dan sebagainya. Puncanya terbahagi kepada tiga pecahan utama iaitu :- 1) Angin 2) Lendir 3) Urat (Saraf) Uluran atau hernia ini adalah masalah bengkak pada urat ari-ari (sekitar atas kemaluan) dan juga bengkak pada batu kemaluan menyebabkan ada saluran angin yang terdorong naik ke bahagian atas membawa ke dada (angin medu) yang jika dibiarkan boleh membawa kepada maut. Tanda-tanda sakit uluran adalah seperti berikut: 1) Bahagian atas pusat ke dada terasa keras. 2) Nafas di dada tersekat atau tersumbat. 3) Terasa sakit atau pedih di bahagian tengkuk. 4) Kekuatan tubuh kurang kuat pada tubuh sebelah kiri. 5) Kurang berpeluh 6) Kencing tidak tus (tidak lawas) 7) Kurang selera makan ( definisi...

Kesakitan Semasa Menelan

Pengenalan Kesakitan semasa menelan. Ia mungkin dirasai di bahagian atas leher atau di bahagian bawah leher, di belakang tulang dada. Nama alternatif : Odynophagia Rasa membakar semasa menelan Tanda dan Gejala Penelanan adalah proses yang kompleks yang melibatkan mulut, tekak dan esophagus (saluran yang untuk mengangkut makanan ke dalam perut). Masalah pada mana-mana tempat, dari mulut ke esophagus akan menyebabkan sakit yang kuat atau seperti membakar ketika menelan. Sebab-sebab utama : Jangkitan Jangkitan pada gigi Jangkitan pada gusi Pharyngitis ( Virus / Bacteria ) Tonsilitis / Peritonsillar abscess Thrush ( jangkitan kulat yang disebabkan candidia) Herpes simplex , cytomegalovirus or jangkitan Human immunodeficiency virus Ulser – berpunca daripada jangkitan, pemakanan sesuatu ubatan atau bahan kimia. Esophagitis (keradangan pada esophagus, bisanya reflaks gastro-esophageal – makanan naik semula keatas) . Benda asing (tulang ikan atau ayam) Tumor ...

Ulser Peptik

PENGENALAN Ulser peptik berlaku apabila terdapat luka di bahagian dinding perut dan bahagian permulaan usus kecil dikenali sebagai duodenum. Ulser peptik merupakan masalah yang kerap berlaku dalam masyarakat Malaysia dan juga diseluruh dunia. Kadang kala mereka yang mengalami masalah ini boleh mempunyai gejala-gejala yang serius dan jika tidak dirawat pada peringkat awal boleh menyebabkan masalah kesihatan yang kronik dan mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta kualiti hidup pesakit turut menurun. Adalah sangat penting bagi mereka yang mengalami gejala-gejala ulser peptik mendapatkan rawatan awal dan betul daripada pakar-pakar dan pengamal perubatan yang diiktiraf. Perut manusia mengeluarkan sejenis asid dikenali sebagai asid hidroklorik yang mampu menyebabkan hakisan pada dinding perut. Tetapi dinding perut mempunyai lapisan mukosa yang mampu menghalang daripada hakisan ini berlaku dalam keadaan biasa. Apabila berlaku gangguan terhadap lapisan mukosa ini akibat daripada dindi...