Skip to main content

13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia

Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Punca sebenar ulser tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan demam, jangkitan kuman dan sebagainya. Gastritis juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut tetapi ia jarang berlaku melainkan jika terdapat ulser.
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
Ulser mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung kepada lokasinya. Jika terjadi di dalam perut, dikenali sebagai ulser gastrik manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama usus kecil atau duodenum. Sementara itu ulser esofageal mengambil bahagian bawah esofagus dan sering dikaitkan dengan penyakit refluks gastroesofageal (GERD). Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak mengetahui apa itu gastrik kerana ia merupakan nama saintifik bagi penyakit angin atau sakit perut. Gastrik atau angin bukanlah satu penyakit. Tetapi satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut. Jika dibiarkan ia akan menjadi ulser kerana ia bersangkut paut.
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
  • Kandungan asid yang tinggi dalam perut
Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.  Pada tahun 1982, dua orang saintis iaitu Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter Pylorii dengan ulser, yang mana bakteria tersebut bertindak mengikis dinding bahagian perut.
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Ia boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.
  • Makan makanan pedas
Orang yang gemar makanan pedas adalah lebih cenderung mendapat ulser perut. Ini adalah kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut.
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
Inilah yang menyebabkan kenapa anda menjadi lebih berselera dan makan lebih apabila terdapat lauk yang pedas.
  • Makan tidak teratur
Amalan pemakanan yang seimbang dan sihat penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Ketidakseimbangan pemakanan boleh menyebabkan timbulnya pelbagai gejala penyakit pada tubuh.
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut. Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati.
Kini kami memberi rebat sebanyak RM50 untuk setiap pembelian AXA eMedic! Promosi ini tidak akan bertahan lama, jangan tunggu lama dan bertindak sekarang di PolicyStreet.com!
  • Merokok dengan kerap
Beberapa kajian sains menunjukkan bahawa bahan kimia  yang terdapat di dalam rokok boleh merangsangkan kelenjar rembesan jus gastrik.
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
Ini bermakna jika merokok itu boleh merangsang saraf otak anda sehingga menimbulkan rasa ‘high’, secara automatic ia turut merangsang pam jus gastrik untuk menghasilkan rembesan jus gastrik asid.
  • Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan
Kopi dan teh mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Satu atau dua gelas sehari tidak apa, tetapi kalau anda minum kopi dan teh seperti minum air, anda memang dalam senarai calon yang bakal dapat masalah gastrik!
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
Memanglah pada peringkat awal penyakit ini tidak begitu berbahaya, tetapi jika tidak dicegah boleh menjadi serius. Jika anda mengalami rasa sakit di pangkal ulu hati, sering rasa mual, perut kembung, muntah-muntah, ini bermakna anda sebenarnya mengalami simptom-simptom  penyakit ulser perut.
  • Tekanan
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
Apabila stres berlaku, asid gastrik akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang.
  • Makanan masam
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
Makanan yang terlalu masam juga meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut. Ini meningkatkan kebarangkalian untuk terjadinya ulser perut.
  • Makanan berminyak, berlemak (kecuali minyak zaitun)
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
Makanan berlemak juga agak sukar untuk di hadam, justeru perut akan merangsang lebih banyak asid ke dalam perut untuk tujuan pencernaan.
  • Penyakit autoimun
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
Sistem immunisasi yang sepatutnya berperanan sebagai ketahanan badan terhadap penyakit telah menyerang sel-sel di permukaan dinding perut dan menyebabkan kurang penghasilan asid, enzim dan mukus oleh sel tersebut.
  • Kurang atau tidak bersenam
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
Sebenarnya bersenam boleh membantu kita menghadam makanan dengan baik. Bersenam juga boleh mengurangkan tekanan.
  • Jangkitan Bakteria H. Pylori
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
Kajian terbaru menunjukkan faktor utama gejala ini adalah jangkitan bakteria yang bernama H. Pylori di dasar dinding perut. Bakteria ini secara tidak langsung boleh menyebabkan penipisan lapisan mukos dinding perut dan mendedahkannya kepada hakisan jus gastrik yang akhirnya menyebabkan ulser perut.
Kajian turut menunjukkan bahawa jangkitan bakteria ini boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghidap penyakit kanser perut pada masa hadapan.
Kini kami memberi rebat sebanyak RM50 untuk setiap pembelian AXA eMedic! Promosi ini tidak akan bertahan lama, jangan tunggu lama dan bertindak sekarang di PolicyStreet.com!
  • Minum minuman beralkohol
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.
  • Berat badan tidak seimbang
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk. Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan ulser perut.
Rawatan Dan Pencegahan Ulser Perut
Rawatan bagi pesakit yang mengalami masalah ulser perut tidak hanya tertumpu  kepada pengambilan ubat semata-mata, tetapi pendekatan secara menyeluruh adalah penting dalam memastikan kejayaan rawatan. Pengambilan ubatan yang tepat mengikut nasihat doktor  adalah sangat penting dalam strategi merawat masalah ulser perut. Ubatan yang digunakan untuk merawat masalah ini boleh di bahagikan kepada beberapa kategori;
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
  • Ubatan untuk meneutralkan asid di dalam perut
  • Ubatan untuk mengurangkan perembesan asid di dalam perut.
  • Ubatan untuk melindungi permukaan mukosa dinding perut
  • Ubatan untuk menghalang perembesan asid di dalam perut dan mengalakkan proses penyembuhan ulser
  • Ubatan antibiotik untuk menghapuskan kuman Helicobacter pylori yang merupakan punca utama ulser perut
Pengambilan makanan yang betul dan juga  amalan gaya hidup yang sihat memainkan peranan yang penting  dalam mencegah masalah ulser perut. Pesakit yang berisiko untuk mendapat ulser perut perlu menghindari daripada menghisap rokok dan mengambil alkohol. Memandangkan ulser perut disebabkan oleh jangkitan Helicobacter pylori, ujian saringan bagi mengesan jangkitan ini boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti ujian darah, ujian nafas, dan ujian najis. Bagi pesakit yang didapati  positif selepas melakukan ujian, boleh mendapatkan rawatan eradikasi kuman ini.
13 Punca Ulser Perut Yang Sering Menyerang Manusia
Bagi pesakit yang perlu mengambil ubat penahan kesakitan bagi tempoh masa yang lama mereka boleh berbincang dengan doktor agar diberikan ubat penahan kesakitan yang tidak menyebabkan ulser perut dan mengambil ubat penahan kesakitan apabila perlu sahaja dan tidak mengambilnya semasa perut kosong.

ARTIKEL : policystreet.com

Popular posts from this blog

Petua lama untuk buang angin dalam badan

Petua lama untuk buang angin dalam badan Cara urutan buang angin Tapi apakah maksud sakit uluran angin medu..? Apa benda tue..? Well, Di dalam bahasa Perubatan Allopathy, ianya digelar Hernia, dalam perubatan Melayu dipanggil Uluran. Angin Medu (setelah melepasi paras pusat ke atas). Angin Pasang dan sebagainya. Puncanya terbahagi kepada tiga pecahan utama iaitu :- 1) Angin 2) Lendir 3) Urat (Saraf) Uluran atau hernia ini adalah masalah bengkak pada urat ari-ari (sekitar atas kemaluan) dan juga bengkak pada batu kemaluan menyebabkan ada saluran angin yang terdorong naik ke bahagian atas membawa ke dada (angin medu) yang jika dibiarkan boleh membawa kepada maut. Tanda-tanda sakit uluran adalah seperti berikut: 1) Bahagian atas pusat ke dada terasa keras. 2) Nafas di dada tersekat atau tersumbat. 3) Terasa sakit atau pedih di bahagian tengkuk. 4) Kekuatan tubuh kurang kuat pada tubuh sebelah kiri. 5) Kurang berpeluh 6) Kencing tidak tus (tidak lawas) 7) Kurang selera makan ( definisi

Ulser Peptik

PENGENALAN Ulser peptik berlaku apabila terdapat luka di bahagian dinding perut dan bahagian permulaan usus kecil dikenali sebagai duodenum. Ulser peptik merupakan masalah yang kerap berlaku dalam masyarakat Malaysia dan juga diseluruh dunia. Kadang kala mereka yang mengalami masalah ini boleh mempunyai gejala-gejala yang serius dan jika tidak dirawat pada peringkat awal boleh menyebabkan masalah kesihatan yang kronik dan mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta kualiti hidup pesakit turut menurun. Adalah sangat penting bagi mereka yang mengalami gejala-gejala ulser peptik mendapatkan rawatan awal dan betul daripada pakar-pakar dan pengamal perubatan yang diiktiraf. Perut manusia mengeluarkan sejenis asid dikenali sebagai asid hidroklorik yang mampu menyebabkan hakisan pada dinding perut. Tetapi dinding perut mempunyai lapisan mukosa yang mampu menghalang daripada hakisan ini berlaku dalam keadaan biasa. Apabila berlaku gangguan terhadap lapisan mukosa ini akibat daripada dindi